11.14.2017

Allah, Rindunya ..2 Tahun Blog Sepi

Bismillahirrahmanirrahim.

Tak sangka sudah 2 tahun Saya tidak mengarang sesuatu di blog ini. Ini gara-gara langganan unifi terpaksa dibatalkan setelah kami berpindah dari Cheras, Kuala Lumpur ke Bentong, Pahang sejak Januari 2016. Berpindah ke tempat baru , suasananya pasti berubah tambahan pula banyak urusan yang terpaksa diuruskan. ..Allah, terasa nak menangis bila kembali ke belakang tabir blog ni. Banyak cerita kisah kehidupan dan perjalanan bisnes yang sepatutnya di coret di sini sebagai kenangan, iktibar dan panduan mengharungi kehidupan mendatang.

Bila suami mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan luar bandar, sedikit sebanyak perjalanan bisnes saya turut berubah. Semua sudah jauh dari mata. Supplier, tailor, hatta pejabat pos laju pun sudah jauh. Saya juga kembali menjadi agen part time COWAY dimana dulu saya pernah menjadi full time agen semasa masih tinggal di KL. Namun semua yang berlaku pasti Allah dah susun elok untuk saya dan keluarga.

Kami sekeluarga begitu seronok meneruskan kehidupan di bumi FELDA. Namun menjadi orang baru di komuniti yang baru benar-benar mengajar saya untuk lebih bijak bergaul. Alhamdulillah, masuk tahun kedua ni sudah ramai kenalan saya di sini. Saya pun sudah kembali meneruskan bisnes dalam situasi bisnes yang baru sesuai dengan keadaan sekarang. Ramai juga rakan dan kenalan baru di sini yang membeli penapis air dan penapis udara coway melalui saya walaupun saya cuma seorang agen part time :-). Part time pun OK, janji servis tip top.

Sepanjang Tahun 2016 , saya menjalankan bisnes BORONG TELEKUNG ARAFAH. Alhamdulillah, walaupun saya ada jauh dari supplier namun bisnes berjalan lancar dengan bantuan JV Partner yang jujur lagi komited. Namun Tahun 2017 ni saya tidak dapat lagi fokus kepada bisnes BORONG TELEKUNG  tersebut, namun jika ada yang ingin menempah dalam kuantiti banyak untuk tujuan CHARITY saya boleh tolong  uruskan berbekalkan pengalaman dan networking yang saya miliki.

Akhir tahun 2016, saya memulakan bisnes membekalkan Set Kurung Sekolah sebagai kesinambungan bisnes Tudung Sekolah yang saya jalankan sebelum ini. Saya lebih fokus kepada jualan borong atau supply untuk jenama sendiri kerana agenda saya lebih kepada membantu melahirkan lebih ramai usahawan.

Bermula Julai 2017 pula saya mula berjinak dengan cabang bisnes baru iaitu produk kesihatan yang fokus untuk membantu ibu hamil dan ibu dalam pantang serta ibu-ibu SUPERMAK yang superbusy.

Alhamdulillah, saya kini kembali aktif berblog..

No comments:

Post a Comment