6.21.2015

Tutorial Shawl Instant

Perkongsian Bagaimana Memakai Instant Shawl Koleksi Damiaa Gaya 2 Muka.
Caranya sangat senang dan boleh digayakan sendiri oleh anak-anak .

Memandangkan shawl ini sudah sedia dijahit bahagian bawah dagu, langkah pertama hanya perlu sarungkan ke muka sahaja. Pin bawah dagu diperlukan jika muka anak bersaiz kecil.

Seterusnya pinkan hujung shawl yang tidak berjahit dengan Felt brooch yang kami sediakan mengikut saiz muka anak. ( boleh refer gambar di bawah ).

Sarungkan shawl dan Pinkan Hujung Tidak berjahit dengan Felt Brooch

Sarungkan sekali lagi hujung tudung yang dipinkan dengan felt brooch dan pastikan kedudukan brooch adalah di bahagian telinga.

Sarungkan kali ke dua dan Pastikan Brooch berada di tepi telinga


Senang dan mudah sahaja nak gayakan instant shawl Koleksi Damiaa dari pihak Koleksi Heqmah ni.
Anak-anak boleh bergaya sakan untuk Raya nanti. Terdapat 20 Pilihan Warna- warna menarik.
KLIK SINI untuk pilihan Warna.


P/S : Jika  berminat untuk mendapatkan shawl ni boleh SMS/Whatsapp ke +6019 259 3293 Sekarang. Stok Terhad.


6.16.2015

Tudung Raya Terkini 2015

Assalamualaikum..

Untuk entri kali ini , saya kongsikan fesyen tudung terkini untuk anak-anak dara cilik gayakan khususnya pada syawal akan datang.

Berdasarkan trend dan fesyen semasa, selendang  "instant" merupakan pilihan ramai ibu-ibu untuk si dara cilik. 

3 Jenis Instant Shawl pilihan untuk si dara cilik adalah seperti berikut :

1. Semi Instant Shawl ( berjahit dibahagian bawah dagu di satu hujung shawl)
2. Full Instant Shawl ( berjahit siap di atas kepala - cuma sarung & siap)
3. Instant Shawl 2 Muka ( kedua-dua hujung shawl berjahit muka-2 kali sarung muka)


Bagi menampilkan  kepelbagaian gaya yang unik dan tersendiri untuk si dara cilik, pihak Koleksi Heqmah memperkenalkan Koleksi Damiaa iaitu gabungan 2 jenis Instant Shawl ( Semi Instant & Instant 2 Muka ) untuk pelanggan dan bakal pelanggan kami.




Koleksi Damiaa ( Semi Instant Shawl /Instant 2 Muka)

Keunikan Koleksi Damiaa ialah kami pakejkan sekali Felt Brooch bersama semi instant shawl yang membolehkan pelanggan kami menggayakan shawl tersebut dengan gaya 2 muka atau menggayakan gaya lain mengikut citarasa tersendiri.

Untuk pilihan Warna Koleksi DAMIAA,  boleh KLIK SINI

Tutorial Penggayaan shawl 2 muka akan dikongsikan pada entri akan datang.

PS : Jika berminat mendapatkan Koleksi Damia, boleh whatsapp/SMS  <KoleksiDamiaa> ke 019 259 3293.