5.23.2015

Pelanggan Pertama Jualan di Forum

Saya Memulakan Pemasaran secara online di laman Forum sekitar 2009. Saya diperkenalkan kepada forum wanitamelayu.com oleh sahabat sekampus iaitu Puan Zainah Zaid yang merupakan ahli aktif forum jual beli tersebut. Masih lagi saya ingat bagaimana saya mula mendaftar ahli dan membayar sewa plaza di dalam forum tersebut sebelum mendapat kebenaran berniaga. Ibarat menyewa kedai fizikal tetapi pasaran adalah sangat meluas dan bukan hanya pasaran setempat seperti kedai fizikal.
Sungguh saya teruja bila mendapat pesanan pertama..seorang pelanggan dari UK perdana, Ampang membeli shawl awning bercorak yang saya jual berharga RM 20. Seronok tidak terkata,.

Gambar Hiasan : Sambal Kentang Puan Zaila


Saya juga belajar untuk membeli dan berurusan dengan peniaga- peniaga di laman forum tersebut bagi mengetahui sedikit sebanyak ilmu pemasaran dan perniagaan online..bila kita mahu berniaga secara online, kita juga harus praktis. Saya pernah beli sambal kentang dan kopi dan barang tersebut selamat sampai ke muka pintu. Apa yang tidak dapat saya lupakan ialah saya juga membeli selipar Crocs (tiruan :-) ) dan langsung tidak pakai memandangkan yang dalam gambar itu cuma indah khabar dari rupa. Handbag pun pernah juga beli...macam-macam kan? Tapi pengalaman itu sungguh mahal.

Saya pasti ramai punya pengalaman membeli secara maya seperti saya..dan pasti ramai juga yang sudah menjana pendapatan sedikit atau banyak melaui transaksi dengan peniaga  secara maya juga.


No comments:

Post a Comment