11.01.2015

Peluang Menjual Tudung Sekolah Lycra

Bismillahirrahmanirrahim.

Sedikit perkongsian dari hati...Kenapa anda perlu merebut peluang menjual tudung sekolah lycra bermula bulan november setiap tahun ?
Ini adalah kerana, bisnes yang paling bagus ialah menjual produk yang tepat pada masa yang tepat.
Kalau macam tu elok kita jual satu set kelengkapan sekolah, betul tak ?

Tahukah anda dalam bisnes faktor modal dan faktor pulang balik modal dan keuntungan memainkan peranan yang sangat penting.
Memang bagus jika kita bercadang menjual satu set kelangkapan sekolah, namun berapa banyak modal yang kita perlu keluarkan dan berapa besar kapasiti syarikat kita memasarkan kelengkapan sekolah tersebut. Mungkin itu adalah tindakan bila kapasiti modal dan gerak kerja pemasaran syarikat anda telah meningkat.

Saya mencadangkan anda mencuba berniaga tudung sekolah dan kenapa hanya saya cadangkan tudung sekolah lycra khususnya soft awning? paling tepat saya hanya cadangkan anda menjual saiz s dan m sahaja ?
Ini adalah kerana kita perlu menetapkan secara khusus bakal pelanggan kita bertepatan dengan kapasiti diri dan syarikat kita.

Tudung Lycra adalah merupakan pilihan utama bagi pelajar yang masih diuruskan oleh ibu mereka. ibu  yang sibuk biasanaya akan memilih tudung yang senang diurus dan cantik dipakai oleh anak-anak. Memandangkan tudung lycra soft awning boleh dibasuh menggunakan mesin, tidak perlu digosok dan cantik terletak bila dipakai oleh anak-anak.

Hanya bermodal kan RM60 untuk 10 helai tudung, anda boleh menjana RM60 keuntungan dengan hanya menjual kepada 2 orang pelanggan sahaja. Ini adalah kerana kebanyakan pelajar sekolah rendah menggunakan 5 helai tudung setiap minggu.

Untuk transaksi Oktober 2015 lebih 500 helai tudung sekolah telah diborong oleh pelanggan Koleksi Heqmah. bayangkan jika 500 helai dijual dengan keuntungan sebanyak RM 6, nilai keuntungan telah mencecah RM 3000.  Jika diukur nisbah 5 helai setiap pelajar, keuntungan RM 3000 boleh diperolehi dari hanya dari 100 orang pelajar.

Bayangkan berapa ramai "potential buyer" untuk produk terlajak laris musim cuti sekolah ini.

Anda boleh jual dekat ahli keluarga, jiran tetangga, kawan-kawan anak-anak, jual kat FB, jual kat IG, jual kat BLOG, jual kat Mudah..Blast kat  grup whatsapp, Telegram...Rugi tak rebut peluang emass ni.

Apa yang menarik, harga kami tawarkan adalah rendah dari pasaran online dari syarikat lain sebab kami mendapat bekalan terus. Tailor tudung pun jual tudung daripada pihak kami sebab kualiti tudung yang tip top dan dapat pula harga rendah..

Kepada sesiapa yang nak rebut peluang whatsapp segera ye..Gambar PERCUMA kami bagi.

+6019 259 3293 (Fadzilah)


9.20.2015

Agen Tudung Sekolah Lycra


Assalamualaikum..

Memandangkan sekarang ini sudah memasuki fasa ke 3 untuk tahun 2015, persediaan penjualan tudung bagi keperluan sesi persekolahan 2016 sudah bermula.

Pihak Koleksi Heqmah telah membuka peluang perniagaan kepada sesiapa yang berminat. Tudung sekolah merupakan tudung keperluan yang mempunyai permintaan sangat tinggi pada bulan November sehingga Januari. Pada tahun lepas salah seorang agen kami mampu membuat jualan sebanyak 500 helai dalam masa sebulan sahaja. Persediaan pun dah lewat iaitu pada akhir bulan november.

Jadi pada tahun ini pihak Koleksi Heqmah membuat persediaan lebih awal bagi membantu lebih ramai agen membuat jualan dengan lebih banyak.

Pihak kami telah sediakan pakej istimewa untuk agen sedia ada dan juga agen baru.


PAKEJ AGEN TUDUNG SEKOLAH

1. 20 Keping Gambar Profesional yang mempunyai watermark bisnes agen sendiri ( Bernilai RM200)

2. Sehelai Tudung Saiz S termasuk kos pos (Bernilai RM20)


Untuk Mendaftar Agen, Anda cuma perlu bayar RM 30 sahaja (Harga Kos RM220)


Apa yang menarik, pihak Koleksi heqmah juga menawarkan tudung sekolah lycra dengan tag bisnes agen atau pemborong dengan minimum order 1000 helai tudung pelbagai saiz.


Sampel Tudung disertakan untuk pakej Agen bagi memastikan Agen mengenali produk secara lengkap dari segi jenis material dan kualiti jahitan.

Manakala gambar profesional pula disedikan bagi memudahkan agen membuat jualan.

Pihak kami juga akan memberi tunjuk ajar bagaimana cara-cara membuat jualan sama ada secara terus atau melui pemasaran online.



Jadi, Kepada yang berminat boleh hubungi Puan Fadzilah di talian 019 259 3293 (call/whatsapp/sms)
Permohonan Agen juga boleh dipohon dengan menghantarkan emel ke tufadz@gmail.com




6.21.2015

Tutorial Shawl Instant

Perkongsian Bagaimana Memakai Instant Shawl Koleksi Damiaa Gaya 2 Muka.
Caranya sangat senang dan boleh digayakan sendiri oleh anak-anak .

Memandangkan shawl ini sudah sedia dijahit bahagian bawah dagu, langkah pertama hanya perlu sarungkan ke muka sahaja. Pin bawah dagu diperlukan jika muka anak bersaiz kecil.

Seterusnya pinkan hujung shawl yang tidak berjahit dengan Felt brooch yang kami sediakan mengikut saiz muka anak. ( boleh refer gambar di bawah ).

Sarungkan shawl dan Pinkan Hujung Tidak berjahit dengan Felt Brooch

Sarungkan sekali lagi hujung tudung yang dipinkan dengan felt brooch dan pastikan kedudukan brooch adalah di bahagian telinga.

Sarungkan kali ke dua dan Pastikan Brooch berada di tepi telinga


Senang dan mudah sahaja nak gayakan instant shawl Koleksi Damiaa dari pihak Koleksi Heqmah ni.
Anak-anak boleh bergaya sakan untuk Raya nanti. Terdapat 20 Pilihan Warna- warna menarik.
KLIK SINI untuk pilihan Warna.


P/S : Jika  berminat untuk mendapatkan shawl ni boleh SMS/Whatsapp ke +6019 259 3293 Sekarang. Stok Terhad.


6.16.2015

Tudung Raya Terkini 2015

Assalamualaikum..

Untuk entri kali ini , saya kongsikan fesyen tudung terkini untuk anak-anak dara cilik gayakan khususnya pada syawal akan datang.

Berdasarkan trend dan fesyen semasa, selendang  "instant" merupakan pilihan ramai ibu-ibu untuk si dara cilik. 

3 Jenis Instant Shawl pilihan untuk si dara cilik adalah seperti berikut :

1. Semi Instant Shawl ( berjahit dibahagian bawah dagu di satu hujung shawl)
2. Full Instant Shawl ( berjahit siap di atas kepala - cuma sarung & siap)
3. Instant Shawl 2 Muka ( kedua-dua hujung shawl berjahit muka-2 kali sarung muka)


Bagi menampilkan  kepelbagaian gaya yang unik dan tersendiri untuk si dara cilik, pihak Koleksi Heqmah memperkenalkan Koleksi Damiaa iaitu gabungan 2 jenis Instant Shawl ( Semi Instant & Instant 2 Muka ) untuk pelanggan dan bakal pelanggan kami.




Koleksi Damiaa ( Semi Instant Shawl /Instant 2 Muka)

Keunikan Koleksi Damiaa ialah kami pakejkan sekali Felt Brooch bersama semi instant shawl yang membolehkan pelanggan kami menggayakan shawl tersebut dengan gaya 2 muka atau menggayakan gaya lain mengikut citarasa tersendiri.

Untuk pilihan Warna Koleksi DAMIAA,  boleh KLIK SINI

Tutorial Penggayaan shawl 2 muka akan dikongsikan pada entri akan datang.

PS : Jika berminat mendapatkan Koleksi Damia, boleh whatsapp/SMS  <KoleksiDamiaa> ke 019 259 3293. 

5.23.2015

Pelanggan Pertama Jualan di Forum

Saya Memulakan Pemasaran secara online di laman Forum sekitar 2009. Saya diperkenalkan kepada forum wanitamelayu.com oleh sahabat sekampus iaitu Puan Zainah Zaid yang merupakan ahli aktif forum jual beli tersebut. Masih lagi saya ingat bagaimana saya mula mendaftar ahli dan membayar sewa plaza di dalam forum tersebut sebelum mendapat kebenaran berniaga. Ibarat menyewa kedai fizikal tetapi pasaran adalah sangat meluas dan bukan hanya pasaran setempat seperti kedai fizikal.
Sungguh saya teruja bila mendapat pesanan pertama..seorang pelanggan dari UK perdana, Ampang membeli shawl awning bercorak yang saya jual berharga RM 20. Seronok tidak terkata,.

Gambar Hiasan : Sambal Kentang Puan Zaila


Saya juga belajar untuk membeli dan berurusan dengan peniaga- peniaga di laman forum tersebut bagi mengetahui sedikit sebanyak ilmu pemasaran dan perniagaan online..bila kita mahu berniaga secara online, kita juga harus praktis. Saya pernah beli sambal kentang dan kopi dan barang tersebut selamat sampai ke muka pintu. Apa yang tidak dapat saya lupakan ialah saya juga membeli selipar Crocs (tiruan :-) ) dan langsung tidak pakai memandangkan yang dalam gambar itu cuma indah khabar dari rupa. Handbag pun pernah juga beli...macam-macam kan? Tapi pengalaman itu sungguh mahal.

Saya pasti ramai punya pengalaman membeli secara maya seperti saya..dan pasti ramai juga yang sudah menjana pendapatan sedikit atau banyak melaui transaksi dengan peniaga  secara maya juga.

Jika Anda Berminat Mahu mendapatkan Sambal Kentang Puan Zaila boleh SMS/Whatsapp <Sambal Kentang> ke 019 259 3293