1.08.2014

Tips Mengambilalih Perniagaan

Mengambil alih perniagaan atau membuka perniagaan baru adalah dua perkara yang berbeza tetapi hampir sama. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Berdasarkan pengalaman yang saya lalui sepanjang tempoh 5 tahun menjalankan perniagaan tudung, saya menyarankan jika anda mempunyai 2 pilihan tersebut anda perlu menitikberatkan untuk mengambilalih perniagaan berbanding membuka perniagaan baru dengan beberapa tips yang ingin saya kongsikan di sini.



Saya berpengalaman menjual atau memindahmilik perniagaan tudung sebanyak 2 kali. Ini kerana saya tidak mampu untuk menguruskan perniagaan tersebut sama ada dari segi kekangan masa, kewangan dan juga tenaga kerja.

Saya pasti ramai yang bertanggapan negatif bahawa mengambilalih perniagaan yang sedia ada adalah ibarat menaggung beban pemilik sedia ada. Sebenarnya apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah, menguruskan perniagaan itu ialah berdasarkan kemahiran dan kekuatan diri anda sendiri. Sekiranya anda mengambilalih perniagaan orang lain, berikut ialah kelebihan yang memihak kepada diri anda.

1. Perniagaan tersebut telah diketahui kewujudannya (mempunyai pelanggan sedia ada)

2. Anda telah mengetahui keadaan jualan dan kehendak pelanggan, jadi ia lebih mudah daripada mengkaji pasaran baru.

3. Anda tidak perlu bersusah payah mengubahsuai kedai pada peringkat permulaan yang mungkin menyebabkan anda membazir kepada sesuatu yang bukan keperluan.

Faktor penting yang anda perlu ambil tahu sebelum bersetuju mengambilalih perniagaan sedia ada ialah kejujuran pemilik sedia ada tentang perniagaan yang beliau jalankan dan mengapa perniagaan tersebut mahu dipindahmilik.

Nantikan entri berikutnya jika anda ingin mengetahui kisah perniagaan tudung  terkubur sebelum genap setahun berniaga. Ini kisah tentang orang berduit yang ingin berniaga tetapi tidak betul-betul fokus dengan perniagaan tersebut.

No comments:

Post a Comment