1.08.2014

Tips Mengambilalih Perniagaan

Mengambil alih perniagaan atau membuka perniagaan baru adalah dua perkara yang berbeza tetapi hampir sama. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Berdasarkan pengalaman yang saya lalui sepanjang tempoh 5 tahun menjalankan perniagaan tudung, saya menyarankan jika anda mempunyai 2 pilihan tersebut anda perlu menitikberatkan untuk mengambilalih perniagaan berbanding membuka perniagaan baru dengan beberapa tips yang ingin saya kongsikan di sini.



Saya berpengalaman menjual atau memindahmilik perniagaan tudung sebanyak 2 kali. Ini kerana saya tidak mampu untuk menguruskan perniagaan tersebut sama ada dari segi kekangan masa, kewangan dan juga tenaga kerja.

Saya pasti ramai yang bertanggapan negatif bahawa mengambilalih perniagaan yang sedia ada adalah ibarat menaggung beban pemilik sedia ada. Sebenarnya apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah, menguruskan perniagaan itu ialah berdasarkan kemahiran dan kekuatan diri anda sendiri. Sekiranya anda mengambilalih perniagaan orang lain, berikut ialah kelebihan yang memihak kepada diri anda.

1. Perniagaan tersebut telah diketahui kewujudannya (mempunyai pelanggan sedia ada)

2. Anda telah mengetahui keadaan jualan dan kehendak pelanggan, jadi ia lebih mudah daripada mengkaji pasaran baru.

3. Anda tidak perlu bersusah payah mengubahsuai kedai pada peringkat permulaan yang mungkin menyebabkan anda membazir kepada sesuatu yang bukan keperluan.

Faktor penting yang anda perlu ambil tahu sebelum bersetuju mengambilalih perniagaan sedia ada ialah kejujuran pemilik sedia ada tentang perniagaan yang beliau jalankan dan mengapa perniagaan tersebut mahu dipindahmilik.

Nantikan entri berikutnya jika anda ingin mengetahui kisah perniagaan tudung  terkubur sebelum genap setahun berniaga. Ini kisah tentang orang berduit yang ingin berniaga tetapi tidak betul-betul fokus dengan perniagaan tersebut.

1.04.2014

Tips Gagal Tapi Berjaya


Tips gagal tapi berjaya dalam perniagaan ialah jangan pernah berhenti  berniaga. Teruskan dengan strategi dan usaha yang berterusan. Melaburlah untuk ilmu perniagaan dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan. Bina hubungan erat dengan rakan peniaga, pemborong, pengilang dan pelanggan.

Saya gagal meruskan perniagaan yang saya bina di Wakaf Che Yeh Kota Bharu, Kelantan. Di saat saya buntu dan terikat dengan nilai "sentimental value" sama ada ingin meneruskan atau menukar rancangan pemasaran, menjual perniagaan saya kepada mereka yang selayaknya menjadi penyelesaian pada waktu itu.

Alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan pembeli yang mahu menyambung perniagaan saya. Nantikan "Tips Mengambil alih Perniagaan" pada entri akan datang.

Walau hakikat pahit yang harus saya telan bahawa saya gagal meneruskan perniagaan dalam masa 2 tahun beroperasi, Namun saya berjaya "memindahkan" perniagaan tersebut ke lokasi panas pusat perniagaan tudung di Jalan TAR Kuala Lumpur pada bulan Disember 2012.


             kenangan 2010-2012

p/s : Air mata bergenang saat saya memuat naik gambar ini, manik-manik jernih mengalir laju. Sesiapa yang pernah mengalami situasi ini pasti faham apa yang saya alami. Sungguh ia satu kenangan dan pengajaran terindah buat saya. Alhamdulillah, Hikmah Allah saya hitung untuk setiap yang berlaku.