11.08.2013

RHB Bank sebagai bank Rasmi

Bila kita berbicara tentang sesebuah entiti perniagaan samaada perniagaan kecil atau global, urusan perbankan adalah sesuatu urusan yang sangat penting. Kedua-duanya saling melengkapi disebabkan perniagaan itu adalah melibatkan urusan wang keluar masuk dan bank pula merupakan sebuah  institusi kewangan.
Bank Pilihan Koleksi Heqmah sejak 2008
Bagi tujuan urusan rasmi kewangan syarikat, syarikat kecil kami telah memilih RHB Bank sebagai pilihan. Terdapat beberapa faktor yang dipertimbangkan oleh kami sebelum membuka akaun tersebut. Faktor pertama ialah lokasi perniagaan. Lokasi perniagaan  kami yang pertama adalah di GIANT Kelana Jaya dan RHB Bank mempunyai cawangan di dalam bangunan GIANT tersebut pada masa itu. Namun begitu setelah cawangan tersebut berpindah lokasi, kami tetap meneruskan urusan perbankan kami dengan pihak RHB Bank kerana mesin deposit tunai masih dipasang di premis tersebut. Ini memudahkan pekerja kami memasukkan duit jualan harian terus ke akaun pada hari yang sama setelah tamat berniaga pada hari tersebut

Faktor berikutnya ialah kami mempunyai rakan yang sama-sama berniaga di situ yang telah mempunyai akaun RHB yang bertindak sebagai "introducer" atau pengenal kerana jika kita ingin membuka akaun semasa, antara syarat yang diperlukan ialah seseorang yang boleh menjadi pengenal.

p/s : Jika ada yang ingin memebuka akaun semasa RHB dan memerlukan pengenal, boleh hubungi kami namun kami tapis dulu mereka yang benar-benar layak sahaja :)

11.02.2013

Tips Kontrak Tudung Tadika

Pelajar tadika juga merupakan sasaran pelanggan yang tepat untuk tudung seragam. Untuk pengetahuan bersama, proses untuk mendapatkan kontrak tudung tadika adalah jauh lebih mudah berbanding mendapatkan  kontrak untuk tudung sekolah

Biasa tadika mempunyai minimum pelajar 30 orang, jadi untuk mendapatkan kontrak yang banyak kita perlu tawarkan khidmat kepada banyak tadika. Misalnya kita mensasarkan sebanyak 3000 helai tudung tadika untuk dibekalkan, jadi kita perlu mendapatkan kontrak dari 100 buah tadika. 

Kita tidak perlu mempunyai suara di dalam mesyuarat khas PIBG, cuma perlu menghantar sebutharga kepada pemilik tadika berkenaan. Cara paling mudah ialah dengan menawarkan khidmat bekalan tudung kepada pemilik tadika di mana anak kita belajar. 

Biasanya kontrak tudung tadika ini berulang setiap tahun. Untuk menambahkan jualan, jalinkan kerjasama menjual tudung kanak-kanak dengan pemilik tadika berkenaan contohnya pada hari karnival usahawan cilik tadika berkenaan.

Contoh Tudung Tadika ( adik comel pakai ) yang kami bekalkan kepada Tadika i-kids Sri Gombak



p/s : Jika anda merupakan pemilik tadika atau mempunyai pelanggan sasaran untuk tudung tadika ini boleh hubungi saya di talian 019 259 3293

Tips Kontrak Tudung sekolah

Istilah kontrak ini sangat mengujakan dan saya kira agak sinonim dengan kemewahan dan juga kekayaan. Contohnya kontraktor, nampak begitu gah bukan?

Sebenarnya saya cuma ingin kongsikan tentang bagaimana untuk membekalkan tudung secara kontrak kepada sekolah mengikut pengalaman peribadi saya. 

Biasanya untuk membekalkan tudung kepada sekolah ialah melalui koperasi sekolah tersebut. Sudah tentu guru koperasi adalah individu yang paling penting untuk kita hubungi. Jika pihak sekolah ingin memastikan semua pelajar mendapatkan tudung yang sama jenis hanya dari koperasi sekolah, usul mestilah di bawa ke mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) terlebih dahulu.

Proses membekalkan tudung ke koperasi sekolah mengambil masa yang agak panjang juga bermula dari usul dalam mesyuarat PIBG. Jika kita bukanlah ahli PIBG sekolah  atau tiada wakil di dalam  mesyuarat tersebut, harapan kita mungkin agak tipis.

Masalah juga mungkin timbul apabila Guru Koperasi pada tahun ini bertukar portfolio pada sesi persekolahan akan datang. Kita perlu berurusan dengan dua individu untuk satu projek.



Contoh Tudung Sekolah  ( sedikit promosi amal )
p/s : Jika anda ingin mendapatkan tudung sekolah secara kontrak, sila hubungi saya di talian 019 259 3293