10.27.2013

Margin Keuntungan

Saya cuma ingin kongsikan perkiraan yang biasa-biasa sahaja mengikut kefahaman peribadi saya. C    ontoh yang saya ingin kongsikan ialah berkenaan margin keuntungan kasar. Perkiraan ini sangat penting bagi menentukan jumlah jualan minimum yang perlu ditetapkan setiap bulan agar perniagaan yang dijalankan berada di landasan yang betul.
Katakan kos operasisetiap bulan ialah RM5000, jadi margin keuntungan akan menentukan jumlah jualan minimum yang diperlukan. Katakan margin keuntungan adalah 50%, Jumlah jualan yang minimum yang diperlukan ialah sebanyak RM10, 000 dimana RM5000 digunakan untuk membeli barangan jualan dan RM5000 lagi untuk menampung keperluan kos operasi. Itulah yang dinamakan untung kasar.

Saya bagi contoh kiraan bagi Tudung Sekolah ini :

Harga pasaran tudung ini ialah RM10 bagi setiap helai  dan katakan kita mengambil untung sebanyak RM5 bagi setiap jualan. Pengiraannya begini :-

Margin Keuntungan = Jumlah Untung/Harga Jual = RM5/RM10 = 0.5 (50%)

Margin keuntungan ini biasanya berbeza-beza mengikut jenis produk, misalnya margin bagi tudung A mungkin 50% tetapi Tudung B adalah 70% dan Tudung C pula cuma 35%. Ia bergantung kepada beberapa faktor antaranya tempoh jualan, kadar pembelian daripada pembekal, persaingan harga di kalangan pembekal, kepekaan kita memilih produk yang boleh didapatkan dengan harga yang rendah tetapi mempunyai nilai yang boleh dijual dengan harga yang tinggi. Biasanya jika kita mengeluarkan tudung sendiri dengan membeli kain secara pukal dan menjual terus kepada pengguna, margin keuntungan adalah berganda, namun ia memerlukan kadar modal yang lebih tinggi.