12.06.2013

Nama Tudung Ajaib



Pemilihan nama adalah menjadi salah satu daya tarikan penting untuk meningkatklan jualan tudung . Contoh bagi salah satu jenis anak tudung yang sangat populat dan digilai ramai ialah "Inner Magic". Apa yang ajaib pada anak tudung jenis ini ialah ia bergetah di bahagian belakang.



Bahagian hujung anak tudung pula adalah runcing dan panjang jadi ia menutup keseluruhan rambut. Bila bahagian belakang anak tudung ditetas dan diletakkan getah, secara automatik muncung akan terbentuk secara semula jadi di bahagian dahi si pemakai. Itulah kelebihan inner ajaib ini.

Namun dek kerana penangan nama yang diberikan, ia menjadi bualan dan pilihan ramai. Untung juga saya menjual produk ini. Memang laris sangat. Jadi sesiapa yang baca entri ini sila hubungi saya untuk beli pada harga borong dan jana pendapatan tambahan. Kalau nak beli untuk pakai sendiri pun boleh juga :)

11.08.2013

RHB Bank sebagai bank Rasmi

Bila kita berbicara tentang sesebuah entiti perniagaan samaada perniagaan kecil atau global, urusan perbankan adalah sesuatu urusan yang sangat penting. Kedua-duanya saling melengkapi disebabkan perniagaan itu adalah melibatkan urusan wang keluar masuk dan bank pula merupakan sebuah  institusi kewangan.
Bank Pilihan Koleksi Heqmah sejak 2008
Bagi tujuan urusan rasmi kewangan syarikat, syarikat kecil kami telah memilih RHB Bank sebagai pilihan. Terdapat beberapa faktor yang dipertimbangkan oleh kami sebelum membuka akaun tersebut. Faktor pertama ialah lokasi perniagaan. Lokasi perniagaan  kami yang pertama adalah di GIANT Kelana Jaya dan RHB Bank mempunyai cawangan di dalam bangunan GIANT tersebut pada masa itu. Namun begitu setelah cawangan tersebut berpindah lokasi, kami tetap meneruskan urusan perbankan kami dengan pihak RHB Bank kerana mesin deposit tunai masih dipasang di premis tersebut. Ini memudahkan pekerja kami memasukkan duit jualan harian terus ke akaun pada hari yang sama setelah tamat berniaga pada hari tersebut

Faktor berikutnya ialah kami mempunyai rakan yang sama-sama berniaga di situ yang telah mempunyai akaun RHB yang bertindak sebagai "introducer" atau pengenal kerana jika kita ingin membuka akaun semasa, antara syarat yang diperlukan ialah seseorang yang boleh menjadi pengenal.

p/s : Jika ada yang ingin memebuka akaun semasa RHB dan memerlukan pengenal, boleh hubungi kami namun kami tapis dulu mereka yang benar-benar layak sahaja :)

11.02.2013

Tips Kontrak Tudung Tadika

Pelajar tadika juga merupakan sasaran pelanggan yang tepat untuk tudung seragam. Untuk pengetahuan bersama, proses untuk mendapatkan kontrak tudung tadika adalah jauh lebih mudah berbanding mendapatkan  kontrak untuk tudung sekolah

Biasa tadika mempunyai minimum pelajar 30 orang, jadi untuk mendapatkan kontrak yang banyak kita perlu tawarkan khidmat kepada banyak tadika. Misalnya kita mensasarkan sebanyak 3000 helai tudung tadika untuk dibekalkan, jadi kita perlu mendapatkan kontrak dari 100 buah tadika. 

Kita tidak perlu mempunyai suara di dalam mesyuarat khas PIBG, cuma perlu menghantar sebutharga kepada pemilik tadika berkenaan. Cara paling mudah ialah dengan menawarkan khidmat bekalan tudung kepada pemilik tadika di mana anak kita belajar. 

Biasanya kontrak tudung tadika ini berulang setiap tahun. Untuk menambahkan jualan, jalinkan kerjasama menjual tudung kanak-kanak dengan pemilik tadika berkenaan contohnya pada hari karnival usahawan cilik tadika berkenaan.

Contoh Tudung Tadika ( adik comel pakai ) yang kami bekalkan kepada Tadika i-kids Sri Gombak



p/s : Jika anda merupakan pemilik tadika atau mempunyai pelanggan sasaran untuk tudung tadika ini boleh hubungi saya di talian 019 259 3293

Tips Kontrak Tudung sekolah

Istilah kontrak ini sangat mengujakan dan saya kira agak sinonim dengan kemewahan dan juga kekayaan. Contohnya kontraktor, nampak begitu gah bukan?

Sebenarnya saya cuma ingin kongsikan tentang bagaimana untuk membekalkan tudung secara kontrak kepada sekolah mengikut pengalaman peribadi saya. 

Biasanya untuk membekalkan tudung kepada sekolah ialah melalui koperasi sekolah tersebut. Sudah tentu guru koperasi adalah individu yang paling penting untuk kita hubungi. Jika pihak sekolah ingin memastikan semua pelajar mendapatkan tudung yang sama jenis hanya dari koperasi sekolah, usul mestilah di bawa ke mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) terlebih dahulu.

Proses membekalkan tudung ke koperasi sekolah mengambil masa yang agak panjang juga bermula dari usul dalam mesyuarat PIBG. Jika kita bukanlah ahli PIBG sekolah  atau tiada wakil di dalam  mesyuarat tersebut, harapan kita mungkin agak tipis.

Masalah juga mungkin timbul apabila Guru Koperasi pada tahun ini bertukar portfolio pada sesi persekolahan akan datang. Kita perlu berurusan dengan dua individu untuk satu projek.



Contoh Tudung Sekolah  ( sedikit promosi amal )
p/s : Jika anda ingin mendapatkan tudung sekolah secara kontrak, sila hubungi saya di talian 019 259 3293

10.27.2013

Tudung Sekolah - Siri 1

Tudung sekolah adalah keperluan asas, bukan lagi kehendak. Cuma keperluan ini didatangkan dengan pelbagai pilihan sama ada menggunakan material jenis jersey,lycra atau koshibo. Saya memilih material lycra berawning lembut sebagai fokus untuk jualan tudung sekolah. Sasaran pasaran adalah murid sekolah rendah di mana saya memang fokus kepada saiz ss sahaja dengan saiz muka 8 inci dan labuh bahagian depan 13 inci setengah. Biasanya untuk kanak-kanak saiz biasa, sesuai bagi anak-anak berumur 4 tahun sehingga umur 10 tahun.
Memandangkan sudah 3 tahun saya menjual tudung sekolah jenis lycra ini secara konsisten, saya membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk sama-sama menjana pendapatan. Menjual tudung sekolah ini semudah ABC, pasti tiada stok lapuk. Tidak mengapa kita mendapat untung kecil jika permintaan sangat tinggi. Tudung ini sangat murah, RM12 sahaja setiap helai. Margin keuntungan adalah di antara 25% hingga 60 % bergantung kepada pakej yang anda daftarkan. Bagi pakej stokis dan sub-stokis ia terhad bagi setiap negeri dan daerah namun Pakej Agen dan Agen dropship bilangannya tidak terhad.

Berikut saya senaraikan pakej-pakej yang terlibat :

1. Pakej Stokis - keuntungan adalah 60%
    Stokis perlu membuat pesanan sebanyak 400 helai tudung sekolah jenis tersebut.

2. Pakej Sub-Stokis -  keuntungan adalah 50%
    Sub-Stokis perlu membuat pesanan sebanyak 200 helai tudung sekolah jenis tersebut.

3. Pakej Agen -  keuntungan adalah 40%
    Agen perlu membuat pesanan sebanyak 20 helai tudung sekolah jenis tersebut.

4. Pakej Tanpa Modal- Tiada Modal diperlukan, keuntungan adalah 20% . Agen tidak perlu bungkus dan tidak perlu menghantar barang. Agen cuma perlu promosikan produk dan menerima bayaran daripada pelanggan.

Kepada mereka yang berminat dengan pakej yang saya tawarkan ini boleh hubungi saya di talian 019 259 3293 dengan kadar segera kerana peluang ini sangat terhad.



Margin Keuntungan

Saya cuma ingin kongsikan perkiraan yang biasa-biasa sahaja mengikut kefahaman peribadi saya. C    ontoh yang saya ingin kongsikan ialah berkenaan margin keuntungan kasar. Perkiraan ini sangat penting bagi menentukan jumlah jualan minimum yang perlu ditetapkan setiap bulan agar perniagaan yang dijalankan berada di landasan yang betul.
Katakan kos operasisetiap bulan ialah RM5000, jadi margin keuntungan akan menentukan jumlah jualan minimum yang diperlukan. Katakan margin keuntungan adalah 50%, Jumlah jualan yang minimum yang diperlukan ialah sebanyak RM10, 000 dimana RM5000 digunakan untuk membeli barangan jualan dan RM5000 lagi untuk menampung keperluan kos operasi. Itulah yang dinamakan untung kasar.

Saya bagi contoh kiraan bagi Tudung Sekolah ini :

Harga pasaran tudung ini ialah RM10 bagi setiap helai  dan katakan kita mengambil untung sebanyak RM5 bagi setiap jualan. Pengiraannya begini :-

Margin Keuntungan = Jumlah Untung/Harga Jual = RM5/RM10 = 0.5 (50%)

Margin keuntungan ini biasanya berbeza-beza mengikut jenis produk, misalnya margin bagi tudung A mungkin 50% tetapi Tudung B adalah 70% dan Tudung C pula cuma 35%. Ia bergantung kepada beberapa faktor antaranya tempoh jualan, kadar pembelian daripada pembekal, persaingan harga di kalangan pembekal, kepekaan kita memilih produk yang boleh didapatkan dengan harga yang rendah tetapi mempunyai nilai yang boleh dijual dengan harga yang tinggi. Biasanya jika kita mengeluarkan tudung sendiri dengan membeli kain secara pukal dan menjual terus kepada pengguna, margin keuntungan adalah berganda, namun ia memerlukan kadar modal yang lebih tinggi.